Pendaftaran Sebagai MASTER STOKIS As-Saheeh Frozen

  • SYARAT-SYARAT MENJADI MASTER STOKIS AS-SAHEEH
    1. Warganegara Malaysia & Beragama Islam
    2. Mempunyai tempat simpanan sejuk beku (-18C)
    3. Sikap yang positif.
    4. Boleh melakukan penghantaran (delivery) ke Home Stokis dan pelanggan.
    5. Memahami bahawa perniagaan Ayam bukanlah satu perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tinggi.
      Walaubagaimanapun ia adalah antara makanan ruji rakyat Malaysia yang menjanjikan pesanan ulang (repeat order) yang baik.
    6. Pesanan kedua perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dan secara automatik anda dikira berjaya mendaftarkan diri sebagai Master Stokis rasmi serta akan disenaraikan sebagai Master Stokis As-Saheeh.
    7. Pesanan minimum (MOQ) buat MASTER STOKIS adalah 300 paket bagi pembelian pertama. Untuk pembelian seterusnya hanya 200 paket.
  • TERMA & SYARAT MASTER STOKIS AS-SAHEEH
    1. Master Stokis mewakili syarikat dalam urusan kepada Home Stokis dan pelanggan akhir.
    2. Harga belian Master Stokis adalah dalam lingkungan 30% kurang dari harga jualan yang dicadangkan.
    3. Master Stokis WAJIB mengikuti harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat.
    4. Master Stokis harus faham bahawa harga ayam berubah mengikut pasaran. Ini bermaksud harga kos ayam dari Syarikat juga mengikut pasaran.
    5. Master Stokis bertanggungjawab merancang serta memastikan stok yang cukup untuk bekalan perniagaan harian mereka.
    6. Stok dan Penghantaran :
      > Master Stokis Lembah Klang (Selangor, K. Lumpur & Putrajaya)
      • Master Stokis perlu mendapatkan stok terus dari Syarikat melalui atas talian.
      • Penghantaran dari Syarikat ke Master Stokis hanya satu kali dalam satu minggu.
      • Kos penghantaran buat Master Stokis Lembah Klang (Selangor, K. Lumpur & Putrajaya) adalah PERCUMA
      • Adalah menjadi tanggungjawab Master Stokis untuk menerima dan memeriksa stok yang dihantar mengikut perancangan perjalanan logistik Syarikat.
      > Master Stokis LUAR Lembah Klang
      • Master Stokis perlu mendapatkan stok terus dari Syarikat melalui atas talian.
      • Penghantaran dari Syarikat ke Master Stokis hanya satu kali dalam satu minggu.
      • Kos penghantaran adalah bergantung kepada lokasi Master Stokis
      • Adalah menjadi tanggungjawab Master Stokis untuk menerima dan memeriksa stok yang dihantar mengikut perancangan perjalanan logistik Syarikat.
    7. Senarai Master Stokis di laman www.unit3.my akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
    8. Master Stokis bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan yang telah didaftarkan. Cara dan caj penghantaran kepada Home Stokis adalah terpulang kepada Master Stokis untuk tetapkan.
    9. Status Master Stokis akan dinilai dari semasa ke semasa untuk memastikan kehendak pelanggan dapat ditunaikan sebaiknya.
    10. Sebarang aduan terhadap Master Stokis berhak disiasat oleh pihak Syarikat tanpa pemberitahuan.
    11. Amalkan sikap positif dalam semua urusan.
    12. Syarikat berhak meminda sebarang terma dan syarat tanpa notis pemberitahuan.
    13. Master Stokis yang berdaftar perlu mengelakkan dari membuat promosi atau jualan produk ayam selain jenama As-Saheeh kepada Master Stokis lain yang berdaftar atau pelanggan (cross selling).
    14. Sebarang perlanggaran syarat boleh menyebabkan pembatalan lantikan Master Stokis.
    15. Master Stokis yang mahu membatalkan lantikan Master Stokis perlu menghantar notis kepada alamat emel contact@foqusaky.com
    16. Master Stokis yang telah terbatal statusnya dan ingin kembali menjadi Master Stokis As-Saheeh perlu menunggu 3 bulan dari tarikh pembatalan dan melalui proses permohonan semula.
    17. Wang pendaftaran Master Stokis tidak akan dikembalikan ketika pembatalan lantikan.
    18. Sebarang aktiviti pemasaran melalui media online perlu diselia untuk memastikan ianya seiring dengan terma dan syarat Master Stokis.
    19. Produk tertentu ada kalanya tidak dapat dibekalkan atas sebab-sebab tertentu termasuk kekurangan ayam, wabak penyakit, dan sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan. Pihak Syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kontrak janji pembekalan yang dimetrai antara Master Stokis dengan pihak Home Stokis atau pelanggan yang mungkin terjejas disebabkan oleh kekurangan bekalan.
  • MODAL MENJADI MASTER STOKIS AS-SAHEEH
    1. Kos pendaftaran = RM50
    2. Kos stok ayam (ayam potong 12)*
      = RM13.50 x 300pek (MOQ utk Master Stokis)
      = RM4050.00
      *Harga kos ayam berubah dan bergantung kepada harga pasaran.
    3. Kos penghantaran = PERCUMA BAGI KLANG VALLEY
    4. Bagi Master Stokis luar dari kawasan Klang Valley, harga penghantaran bergantung kepada jarak.
  • HARGA KOS DAN JUALAN (19 FEBRUARI 2021)
    Harga kos dan jualan ayam berubah dan bergantung kepada pasaran.
    1. Harga kos ayam = RM14.00 / pek
      lingkungan RM14 - RM14.50
    2. Harga jual kepada Home Stokis = RM15.50 / pek
      (untung RM2 / pek)
    3. Harga jual kepada pelanggan akhir = RM19 / pek
      (untung RM5.50 / pek)
  • Selepas membuat bayaran pendaftaran, emel akan dihantar untuk tindakan selanjutnya.
  • RM 0.00
    Selepas pembayaran dibuat, emel akan dihantar untuk tindakan selanjutnya.
    Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui WhatsApp 0166078747 atau emel kepada contact@foqusaky.com